Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Melihat kepada tugas penting ini, maka terdetik di fikiran kita siapa yang perlu memainkan peranan penting bagi merealisasikan segala yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Jawapannya sudah tentulah guru. Guru bertanggungjawab memikul amanah yang cukup besar ini bagi memastikan generasi kita mampu memnjadi generasi yang cemerlang bukan sahaja dari sudut intelektual bahkan akhlak mereka juga cemerlang.

Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, selaku Presiden Himpunan Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (Haluan) telah menggariskan 10 peranan yang perlu dilaksanakan oleh guru bagi memastikan apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi kenyataan. Menurut beliau, guru bukan sahaja berperanan sebagai tenaga pengajar tetapi lebih daripada itu. Peranan-peranan tersebut ialah:

1.       Guru sebagai pendakwah
Guru bukan sahaja berperanan sebagai pengajar, mereka juga adalah seorang pendakwah. Guru di samping mengajarkan ilmu pengetahuan mereka juga perlu memastikan bahawa anak didik mereka nanti menjadi insan yang berakhlak mulia.

2.       Guru sebagai pendidik
Mendidik merupakan tugas hakiki seorang guru. Guru perlu memastikan anak didik mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual seperti yang dinyatakan dalam FPK. Walau bagaimanapun, menurut Dr Abdullah Sudin, tugas mendidik ini adalah tugas semua pihak, bukan sahaja kepada guru.

3.       Guru sebagai pemimpin
Guru adalah pemimpin. Mereka adalah pemimpin kepada anak murid mereka. Jika guru memegang jawatan sebagai Guru Besar atau Pengetua, maka mereka adalah pemimpin kepada kakitangan sekolah dan pelajar di sekolah tersebut. Sebagai seorang pemimpin, guru perlu bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpinnya. Nabi SAW berpesan ‘setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan bertanggungjawab di atas apa yang dipimpinnya’.

4.       Guru sebagai pekerja
Guru juga adalah seorang pekerja yang terikat dengan peraturan dan amanah yang telah ditetapkan oleh majikan mereka. Tidak patut bagi seorang pekerja melakukan tindakan yang boleh mencemarkan nama baik diri dan majikannya. Anggaplah tugas ini merupakan amanah yang perlu dijaga dengan baik.

5.       Guru sebagai pengusaha
Guru juga boleh dianggap sebagai seorang pengusaha. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, mereka perlu memiliki kemahiran, berinovatif dan kreatif bagi memastikan produk yang terhasil nanti memiliki nilai yang berkualiti tinggi. Produk bagi seorang guru ialah anak didik mereka.

6.       Guru sebagai professional
Guru perlu memiliki sikap professional. Sikap ini boleh ditonjolkan melalui cara mereka bekerja. Seorang yang professional selalu menjaga disiplin, menepati waktu, berketerampilan menarik dan lain-lain lagi. Dengan melakukan kerja secara professional, ia mampu memartabatkan kembali kerjaya ini agar terus dipercayai dan dipandang mulia oleh masyarakat.

7.       Guru sebagai pengikut
Menurut Dr Abdullah Sudin, setiap guru perlu menjadi pengikut yang baik. Untuk menjadi pemimpin, seseorang itu perlu menjadi pengikut terlebih dahulu. Kerana dengan menjadi pengikut, seseorang itu akan lebih mengetahui perasaan dan bebanan tugas orang yang di bawahnya. Seorang pengikut perlu patuh kepada arahan daripada ketua mereka. Jika anda seorang guru, ketua anda adalah guru besar dan pengetua. Manakala ketua bagi mereka pula adalah pengarah jabatan negeri.

8.       Guru sebagai pejuang
Guru sebagai pejuang bermaksud, guru hendaklah melakukan tugasnya dengan bersungguh-sungguh. Seorang pejuang tidak seharusnya melakukan tugasnya dengan cuai dan sambil lewa. Umpama di medan perang, para pejuang berudaha meminimumkan kecuaian dan kelemahan bagi memastikan mereka memperoleh kemenangan. Medan perjuangan bagi guru ialah di sekolah. Matlamat perjuangan mereka pula ialah ingin mendidik anak bangsa. Musuh mereka pula ialah segala anasir yang mempu menggugat kepada kejayaan mereka.

9.       Guru sebagai penyokong
Menuruut Dr Abdullah Sudin, guru hendaklah menyokong kepada perkara yang boleh mendatangkan faedah dan memanfaatkan anak didik mereka. Beliau juga turut menegaskan bahawa sokongan tersebut juga mestilah berdasarkan kepada kebenaran dan berprinsip bukannya sokongan secara membuta-tuli.

10.   Guru sebagai seorang yang produktif
Guru perlu menggunakan segala sumber tenaga dan masa dengan bekesan sama ada di sekolah dan selepas waktu persekolahan. Tugas guru bukan hanya tertakluk kepada waktu sesi persekolahan. Mereka sebenarnya menjadu guru sepanjang masa. Seorang guru akan tetap dipanggil guru walau di mana mereka berada hatta walaupun mereka sudah bersara.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)"

Post a Comment